Selamat Datang Ke Web Rasmi SK Pahi  ~~   Welcome To SK Pahi Website   ~~  Paparan disyorkan : 1024 x 768 pix

 

 
 

 
 
 

Dikemaskini Pada :11 March 2005

 
 

:: Infomenu ::

 

Bil Pelawat

:: Peristiwa Semasa ::

:: Kalendar 2005 ::

 
 

:: Lencana Sekolah ::

:: Carian Dalaman ::

 

   
 

:: Selamat Datang Ke Laman Web Rasmi SK Pahi::


Selamat Sejahtera.

Selamat Datang ke Laman Web Rasmi Sekolah Kebangsaan Pahi. Pada akhir tahun 2004, pembinaan laman web sekolah telah pertama kali dicadang dalam mesyuarat pengurusan sekolah untuk menyahut cabaran kerajaan dalam mengintegrasikan IT dalam kurikulum sekolah.

Laman web ini akan menjadi satu titik tolak dalam sejarah SK Pahi untuk memanipulasikan  kepelbagaian sumber dalam internet. Laman web ini juga membawa misi untuk membekalkan maklumat kepada orang ramai; masyarakat setempat khususnya mengenai perjalanan sekolah dan diharap ia dapat merapatkan lagi hubungan antara sekolah dan komunitinya.

Melalui laman web ini juga, sekolah ingin menjadikan ia sebagai batu loncatan untuk memberi pendedahan kepada murid-murid dalam mempelajari kemahiran menggunakan komputer dan internet. Ia juga diharapkan dapat memberi peluang kepada guru-guru untuk menggunakan sumber ICT dalam pengajaran seharian.
 

:: Panduan Menggunakan Laman Web SK Pahi ::


Laman web ini dibina menggunakan perisian MS Frontpage 2003 dan sedikit kod javascript. Seharusnya ia dapat dipaparkan dengan baik jika anda menggunakan Perisian Internet  Explorer yang telah sedia ada dalam Windows.

Paparan terbaik untuk laman web ini adalah 1024 x 768 piksel. Oleh yang demikian jika paparan laman web ini terlalu besar di skrin monitor anda, bermakna paparan skrin anda adalah kurang daripada 1024 x 768 piksel. Anda boleh menukar paparan anda dengan kaedah berikut:

Melalui WinXP

1. Klik kanan pada mouse dan pilih 'Properties'
2. Klik pada tab 'Settings'.
3. Pada ruangan 'Screen Resolution', tarik slide sehingga ia 
    memaparkan 1024 by 768 pixels.
4. Klik 'OK'.

Untuk melayari setiap halaman, anda bolehlah menggunakan menu Javascript yang ada di atas (bawah baner/gambar).

Selamat Berjaya.

:: Penafian Dan Keselamatan::


Penafian:

Pihak SK Pahi tidak bertanggungjawab di atas sebarang kemalangan, kehilangan dan kerosakan harta benda akibat penggunaan maklumat atau apa-apa sumber melalui laman web ini.

Sebarang komen atau sumbangan artikel daripada mana-mana pihak adalah hakmilik penyumbang itu sendiri dan SK Pahi tidak menjamin liabiliti sumbangan atau fail tersebut. Dengan itu, sebarang fail, artikel tersebut, adalah bukan mencerminkan kepercayaan atau konsep asal laman web ini.

Keselamatan Data:

Pihak SK Pahi amat mementingkan keselamatan mana-mana data yang anda diberikan. Oleh yang demikian semua data yang diminta (jika berkaitan) akan kami pastikan selamat daripada paparan dan pindahturun yang tidak diperlukan.  

:: SK Pahi - JUARA PERTANDINGAN LAMAN WEB ANJURAN UPEN 2005 ::


Tahniah kepada Unit Laman Web (Team Rintis Siber)
kerana telah menghasilkan
JUARA 2005 Pertandingan Laman Web Negeri Kelantan (Kategori Sekolah Rendah) Anjuran UPEN Kelantan.

Terima kasih kepada para hakim, UPEN, warga sekolah SK Pahi, rakan-rakan dan semua yang terlibat.

10 April 2005: DEBUG ERROR: 018:Paparan tidak lengkap. Pengubahan Kod dan rekabentuk untuk persediaan laman SKP Online versi kedua sedang memasuki fasa akhir. Versi2 dijangka akan beroperasi pada Mei ini. Segala kesulitan amat dikesali.